Wednesday 4 June 2014

Penutupan perusahaan penternakan itik telur

Mulai Jun 2014, perusahaan ternakan itik telur telah ditutup sepenuhnya. Selepas melalui pelbagai cabaran dalam masa 30 bulan penternakan, ternyata penternakan itik telur tidak menguntungkan dan ianya menelan kos yang tinggi serta pulangan yang sangat sedikit.
Diantara faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan tersebut adalah :

1.   Kos makanan yang terlalu tinggi mengatasi kadar pengeluaran hasil. walaupun matlamat asal penternakan ini adalah sebagai industri sampingan terhadap ternakan ikan keli dimana makanan diperolehi daripada hasil buangan perut ikan yang diproses namun ianya tetap memerlukan makanan tambahan yang mahal.

2.   Pemasaran yang sukar dan tidak memuaskan. Telur tidak dapat bertahan lama dan proses membuat telur masin yang terlalu sukar serta juga cepat rosak menyebabkan hasil tidak dapat dipasarkan dengan baik.

3.   Terlalu banyak musoh. Haiwan ternakan sentiasa digangu oleh musoh terutamanya burong pada waktu malam menyebabkan hasil yang berkurang. gangguan pada waktu siang oleh monyet dan gagak yang sentiasa mencuri telur.

4.  Pelbagai masaalah lain seperti banjir yang menyebabkan kematian dan sebagainya menambahkan lagi kerugian.

Semoga ianya menjadi pedoman kepada rakan-rakan lain yang ingin mengusahakan ternakan itik telur dimasa hadapan.