Wednesday 20 January 2016

Kolam Kanvas tidak sesuai untuk penternakan ikan keli.

soalan : Kenapa tak sesuai pelihara ikan keli dalam kolam kanvas.

Jawapan :
 Kolam kanvas tidak sesuai dan tidak ekonomi untuk penternakan ikan keli disebabkan oleh :
1. Kepanasan kolam yang tidak dapat dikawal, biasanya bahagian luar kolam kanvas sangat panas bila terdedah kepada matahari. ikan akan berkumpul dibahagian tengah kolam. contoh, jika saiz kolam adalah 16'0"X 4'0", ikan akan berada satu kaki daripada dinding kanvas, ini menyebabkan ikan keli bersesak ditengah kolam. keluasan yang tidak panas hanya 14'0" X 2'0" iaitu hanya 40% keluasan sebenar kolam.
2. penyelenggaraan yang sangat sukar. Bentuk kolam mengikut jumlah isipadu air. air yang terlalu banyak memungkinkan kolam terputus ikatan dan biasanya tidak akan bertahan lama. Air tidak dapat dikeringkan dengan sempuran setiap kali proses pengeringan dijalankan.
3. Kos pembinaan yang tinggi. Kos bagi setiap kanvas termasuk kerangka luar adalah lebihkurang RM 1000.00 bagi setiap kanvas dengan keluasan 16'0"X4'0".
6 unit kolam ini akan bersamaan satu unit kolam simen 40'0"X10'0" yang berharga RM 7000.00.
walaupun harga kolam simen lebih tinggi tetapi ianya boleh bertahan selama 50tahun berbanding kolam kanvas hanya 3tahun.

Bagi perusahaan ikan keli secara komersial, pilihan terbaik adalah kolam simen yang lebih mudah untuk dikawal manakala kolam tanah memberikan kadar pertumbuhan yang lebih cepat.