Thursday 31 July 2014

En Rahman bin Ahmad

Terima kasih En Rahman Bin Ahmad dari Koperasi permatan intan, Gedong Lalang, Negeri Sembilan atas pertanyaan berkenaan benih rebung madu.Harga terendah yang dapat kami tawarkan adalah RM6.00 setiap pokok termasuk penghantaran ke semua lokasi di Malaysia.Tempoh tempahan adalah selama sebulan untuk kuantiti melebihi 500pokok. Sekiranya tuan bersetuju, sila hubungi saya secepat mungkin. Bayaran pendahuluan adalah RM 1000.00 dan baki boleh dibayar secara ansuran selepas penghantaran.

Tanaman kangkung aquaponik

Percubaan pertama tanaman kangkung secara aquaponik telah berhasil. Selepas dua minggu tanaman hasil tuaian yang pertama adalah setanding dengan tanaman kangkung yang biasa. Istimewanya tanaman ini ialah ianya tidak menggunakan sebarang baja atau racun. pokok juga tidak disiram langsung dalam tempoh tersebut. hanya menggunakan plat terpakai yang digunakan untuk menjual buah apel yang ditebuk.


 Tanaman kangkung didalam kolam secara apungan menggunakan plat terpakai.



Hasil kangkung yang telah dipotong daripada tapak tanaman.