Monday 24 February 2014

Cara Pelepasan Anak Benih Ikan Keli

  • Pelepasan benih merupakan melepaskan anak benih ikan keli yang bersaiz 2- 3 inci ke dalam kolam penternakan.
  • Anak ikan keli yang bersaiz 2-3 inci dipilih kerana mempunyai daya tahan yang lebih baik.
  • Masa pelepasan yang paling baik : Awal pagi dan lewat petang.  Elakkan melepaskan benih pada waktu tengahari di mana pada saat itu cuaca panas dan suhu air kolam terlalu berbeza dengan suhu air dalam bekas ikan. Hal ini boleh menyebabkan kematian anak benih.
  • Kadar perlepasan: 100 ekor meter persegi.
  • Anak benih ikan keli ini perlu dipek di dalam plastik untuk memudahkan perlepasan benih.

Cara-cara  Perlepasan Anak Benih Yang Betul
1.       Menstabilkan suhu air.
Rendamkan plastic yang berisi anak benih ke dalam kolam ternakan selama 15-20 minit.
Ini untuk memastikan suhu air di dalam plastik dan suhu air di dalam kolam ternakan sama dan seimbang
2.       Memeriksa Kualiti Benih Ikan.
Benih-benih yang cedera dan ada tanda penyakit di asingkan. Benih yang sihat dan cergas saja dilepaskan.
3.       Melepaskan Benih
Buka plastic yang berisi anak benih ikan
Masukkan sedikit demi sedikit air ke dalam plastic.
Biarkan anak benih keluar sendiri dari plastic.
Ulangi semua proses ini sehingga semua benih dilepaskan

Teknik Tuaian Ikan Keli.

Secara amnya, tuaian ikan mempunyai beberapa teknik antaranya;

  • Menggunakan Pukat Tarik
  • Mengeringkan Kolam
  • Menggunakan Kesan Kandungan Oksigen Terlarut.
Ixora Aquaculture telah menggunakan teknik mengeringkan kolam kerana Ixora Aquaculture menggunakan kolam konkrit dan tuai dapat dipungut 100%.

Air kolam dibuang melalui sistem perparitan.

Air kolam yang telah dikeringkan.

Pemilihan saiz ikan keli untuk dituai

Ikan keli yang telah dipilih.

 Hasil tuaian ikan keli


Saturday 8 February 2014

Dalam Pembinaan

 Bangunan pejabat dan tempat penyimpanan ikan
 Keluasan 18x54kaki 
Status projek - 30% (01/02/2014)

Pagar kawasan sepanjang 500kaki
1 kaki tinggi concrete simen beam - status 100% (01/02/2014)
4 kaki tinggi batu-bata - status 30% (01/02/2014)

 Rumah pekerja
 Keluasan binaan 36x31kaki
 Status 10% (01/02/2014)

Kolam fasa 2A
5 unit kolam dengan keluasan 10x20kaki 
Status 10% (01/02/2014)





Township Ixora Aquaculture



 
10 unit kolam konkrit dengan keluasan 10x40kaki setiap satu
Keluasan Binaan 49x106 kaki

 Tapak kosong untuk pembinaan kolam fasa 2 dan seterusnya
 Keluasan tapak 112x72kaki

Tapak siap diratakan dan sistem perparitan sudah di gali

Pagar kolam berukuran 425kaki

 Rumah pengawal 12x12kaki

1 unit rumah pemprosesan ikan 16x16kaki dan 1 unit tandas 9x12kaki

Rumah kambing keluasan 26x36kaki

Reban itik keluasan 12x48kaki

Sistem multi level filter - 4 peringkat

Kelapa Sawit Sebagai Tanaman hiasan