Tuesday, 23 December 2014
Kolam baru telah siap dan mula beroperasi
2 unit kolam baru telah siap sepenuhnya dan telah mula beroperasi hari ini menjadikan jumlah kolam yang beroperasi meningkat kepada 12.
2 kolam ini berukuran 20kaki x 10kaki boleh menempatkan setengah tan ikan setiap satu dan akan digunakan untuk stok ikan yang boleh dituai dan sedia untuk dipasarkan.
3 kolam lagi masih dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini, ini akan dapat mempertingkatkan pengeluaran tahun hadapan yang dijangkakan mencecah 30tan setahun

Monday, 10 November 2014
LAWATAN OLEH PEGAWAI JABATAN PERIKANAN KUALA MUDA YAN
Berikutan permohonan untuk pendaftaran dibawah agensi Jabatan Perikanan yang telah dimajukan pada 06/11/2014, Pegawai bertugas daripada Jabatan Perikanan Kuala Muda-Yan telah membuat lawatan singkat ke Tapak operasi Ixora aquaculture pada 10/11/2014. En. Mohamad (019-6976540) telah melawat tapak projek pada jam 12.00 tengahari. Lawatan selama satu jam itu membincangkan berkenaan potensi dan hala tuju perniagaan Ixora Aquaculture serta beberapa perkara berhubung masaalah dan juga keperluan bantuan kepakaran oleh Ixora Aquaculture.
Sunday, 9 November 2014
Perkembangan Kolam Fasa 2A
Gambar yang diambil pada 2 Oktober 2014
Gambar yang diambil pada 15 Julai 2014
Gambar yang diambil pada 7 Februari 2014.
Saturday, 8 November 2014
Gambar-gambar Lori Inokom yang telah siap dibaiki.
Monday, 6 October 2014
Perkembangan semasa projek pembangunan Ixora Aquaculture
Bangunan pejabat pengurusan dann penyimpanan ikan telah mencapai 50% dan dijangka akan dapat mula beroperasi sebelum January 2015.
Thursday, 18 September 2014
Lori PKF 455 - inokom.
Lori syarikat Inokom AU26 yang telah dicuri pada 1/2/2014 dan dijumpai semula pada 21/5/2014 telah siap di perbaiki oleh agen insuran di Mak mandin. Cat baru, aircond baru, radio baru, batteri baru, set kunci semua baru. gambar terkini akan di post kan kemudian.
Benih buloh madu.
Pangilan talipon daripada En Faizal dari rawang (019-3542327)
Berbincang berkenaan perancangan penanaman rebung buloh madu dikawasan sekitar satu ekar di rawang.
Harga tawaran untuk 200 pokok sekitar RM 8.00 dengan tempahan awal satu bulan.

Thursday, 7 August 2014
Jeruk rebung manis.
Ixora aquaculture maju setapak lagi dalam perusahaan rebung. Penghantaran pertama rebung madu kepada syarikat Pak Latif Enterprise sebanyak 50kg telah dibuat pada 6/8/2014. Rebong tersebut adalah untuk penghasilan jeruk manis yang boleh dimakan mentah seperti jeruk buah-buahan lain yang terdapat dipasaran.
Anda kini boleh berhubung dengan syarikat Pak Latif Enterprise untuk mendapatkan jeruk rebung manis tersebut di talian 019-4449217. RASANYA PASTI SEDAP KALAU TAK PERCAYA CUBALAH.

Friday, 1 August 2014
Kursus penternakan ikan keli
Modul kursus
- Penternakan ikan keliKaedah penternakan ikan keli di dalam kolam simen. Kelebihan dan kekurangan kolam simen berbanding kolam jenis lain.
- Pembangunan infra struktur
- Pemasaran
- Penyata untung rugi
- Industri hiliran.
Thursday, 31 July 2014
En Rahman bin Ahmad
Terima kasih En Rahman Bin Ahmad dari Koperasi permatan intan, Gedong Lalang, Negeri Sembilan atas pertanyaan berkenaan benih rebung madu.Harga terendah yang dapat kami tawarkan adalah RM6.00 setiap pokok termasuk penghantaran ke semua lokasi di Malaysia.Tempoh tempahan adalah selama sebulan untuk kuantiti melebihi 500pokok. Sekiranya tuan bersetuju, sila hubungi saya secepat mungkin. Bayaran pendahuluan adalah RM 1000.00 dan baki boleh dibayar secara ansuran selepas penghantaran.
Tanaman kangkung aquaponik
Percubaan pertama tanaman kangkung secara aquaponik telah berhasil. Selepas dua minggu tanaman hasil tuaian yang pertama adalah setanding dengan tanaman kangkung yang biasa. Istimewanya tanaman ini ialah ianya tidak menggunakan sebarang baja atau racun. pokok juga tidak disiram langsung dalam tempoh tersebut. hanya menggunakan plat terpakai yang digunakan untuk menjual buah apel yang ditebuk.
Tanaman kangkung didalam kolam secara apungan menggunakan plat terpakai.
Hasil kangkung yang telah dipotong daripada tapak tanaman.
Monday, 16 June 2014
Salvinia molesta
Salvinia molesta atau azolla
Wednesday, 11 June 2014
Wednesday, 4 June 2014
Penutupan perusahaan penternakan itik telur
Mulai Jun 2014, perusahaan ternakan itik telur telah ditutup sepenuhnya. Selepas melalui pelbagai cabaran dalam masa 30 bulan penternakan, ternyata penternakan itik telur tidak menguntungkan dan ianya menelan kos yang tinggi serta pulangan yang sangat sedikit.
Diantara faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan tersebut adalah :
1. Kos makanan yang terlalu tinggi mengatasi kadar pengeluaran hasil. walaupun matlamat asal penternakan ini adalah sebagai industri sampingan terhadap ternakan ikan keli dimana makanan diperolehi daripada hasil buangan perut ikan yang diproses namun ianya tetap memerlukan makanan tambahan yang mahal.
2. Pemasaran yang sukar dan tidak memuaskan. Telur tidak dapat bertahan lama dan proses membuat telur masin yang terlalu sukar serta juga cepat rosak menyebabkan hasil tidak dapat dipasarkan dengan baik.
3. Terlalu banyak musoh. Haiwan ternakan sentiasa digangu oleh musoh terutamanya burong pada waktu malam menyebabkan hasil yang berkurang. gangguan pada waktu siang oleh monyet dan gagak yang sentiasa mencuri telur.
4. Pelbagai masaalah lain seperti banjir yang menyebabkan kematian dan sebagainya menambahkan lagi kerugian.
Semoga ianya menjadi pedoman kepada rakan-rakan lain yang ingin mengusahakan ternakan itik telur dimasa hadapan.

Tuesday, 27 May 2014
Aquaponik adalah berasal daripada gabungan aquacultur dan hidroponic.
Aquaponik adalah proses simbiosis diantara penternakan ikan dan juga penanaman tumbuhan hijau. Proses ini melibatkan pembekalan sumber baja daripada hasil kumbahan ikan kepada tanaman yang disiram dan juga proses penapisan air dan penguraian amonia(yang menjadi racun kepada ikan) serta menghasilkan air bersih untuk disalurkan semula kepada ikan.
Di Ixora Aquaculture, ikan yang digunakan adalah ikan keli bagi membekalkan baja dan sumber nitrogen kepada tumbuhan kiambang yang dikultur didalam kolam berasingan. air disalurkan secara berulang alik diantara kolam kiambang dan kolam keli.
Kiambang digunakan di dalam proses aquaponik kerana ianya mempunyai pelbagai faedah, diantaranya :
1. Mempunyai akar yang panjang dan mampu membersihkan air dengan cepat.
2. Kadar pertumbuhan yang sangat cepat membolehkan ianya dihasilkan dengan banyak dalam tempoh yang singkat.
3. Kandungan zat makanan yang tinggi membolehkan ianya menjadi sumber makanan yang sangat baik untuk penternakan ikan keli dan menjadikannya sangat menguntungkan didalam proses penternakan ikan keli.
Biasanya aquaponik menghasilkan dua produk untama iaitu ikan dan sayuran. Walau bagaimanapun, Ixora Aquaculture memilih uintuk menghasilkan makanan ikan sebagai suatu kaedah penjimatan kos penternakan ikan.
Sehingga kini ianya membolehkan syarikat menjimatkan sehinggan 20% makanan ikan dengan menggantikannya dengan kiambang. dijangkakan dimasa hadapan, Ixora Aquaculture akan menghasilkan ikan keli berstatus Organik sepenuhnya dengan hanya menggunakan kiambang sebagai sumber makanan.

Friday, 23 May 2014
Benih buloh madu
Benih buloh madu berusia satu bulan sedia untuk dipindahkan ke ladang. Ixora Aquaculture juga menjual benih buluh madu kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menanam buloh madu sebagai hiasan disekitar kawasan rumah ataupun untuk tanaman komesial.
Subscribe to:
Posts (Atom)