Tuesday, 27 May 2014

Aquaponik adalah berasal daripada gabungan aquacultur dan hidroponic.

Aquaponik adalah proses simbiosis diantara penternakan ikan dan juga penanaman tumbuhan hijau. Proses ini melibatkan pembekalan sumber baja daripada hasil kumbahan ikan kepada tanaman yang disiram  dan juga proses penapisan air dan penguraian amonia(yang menjadi racun kepada ikan) serta menghasilkan air bersih untuk disalurkan semula kepada ikan.

Di Ixora Aquaculture, ikan yang digunakan adalah ikan keli bagi membekalkan baja dan sumber nitrogen kepada tumbuhan kiambang yang dikultur didalam kolam berasingan. air disalurkan secara berulang alik diantara kolam kiambang dan kolam keli.

Kiambang digunakan di dalam proses aquaponik kerana ianya mempunyai pelbagai faedah, diantaranya :
1. Mempunyai akar yang panjang dan mampu membersihkan air dengan cepat.
2. Kadar pertumbuhan yang sangat cepat membolehkan ianya dihasilkan dengan banyak dalam tempoh yang singkat.
3. Kandungan zat makanan yang tinggi membolehkan ianya menjadi sumber makanan yang sangat baik untuk penternakan ikan keli dan menjadikannya sangat menguntungkan didalam proses penternakan ikan keli.

Biasanya aquaponik menghasilkan dua produk untama iaitu ikan dan sayuran. Walau bagaimanapun, Ixora Aquaculture memilih uintuk menghasilkan makanan ikan sebagai suatu kaedah penjimatan kos penternakan ikan.

Sehingga kini ianya membolehkan syarikat menjimatkan sehinggan 20% makanan ikan dengan menggantikannya dengan kiambang. dijangkakan dimasa hadapan, Ixora Aquaculture akan menghasilkan ikan keli berstatus Organik sepenuhnya dengan hanya menggunakan kiambang sebagai sumber makanan.

No comments:

Post a Comment