Monday 24 February 2014

Cara Pelepasan Anak Benih Ikan Keli

  • Pelepasan benih merupakan melepaskan anak benih ikan keli yang bersaiz 2- 3 inci ke dalam kolam penternakan.
  • Anak ikan keli yang bersaiz 2-3 inci dipilih kerana mempunyai daya tahan yang lebih baik.
  • Masa pelepasan yang paling baik : Awal pagi dan lewat petang.  Elakkan melepaskan benih pada waktu tengahari di mana pada saat itu cuaca panas dan suhu air kolam terlalu berbeza dengan suhu air dalam bekas ikan. Hal ini boleh menyebabkan kematian anak benih.
  • Kadar perlepasan: 100 ekor meter persegi.
  • Anak benih ikan keli ini perlu dipek di dalam plastik untuk memudahkan perlepasan benih.

Cara-cara  Perlepasan Anak Benih Yang Betul
1.       Menstabilkan suhu air.
Rendamkan plastic yang berisi anak benih ke dalam kolam ternakan selama 15-20 minit.
Ini untuk memastikan suhu air di dalam plastik dan suhu air di dalam kolam ternakan sama dan seimbang
2.       Memeriksa Kualiti Benih Ikan.
Benih-benih yang cedera dan ada tanda penyakit di asingkan. Benih yang sihat dan cergas saja dilepaskan.
3.       Melepaskan Benih
Buka plastic yang berisi anak benih ikan
Masukkan sedikit demi sedikit air ke dalam plastic.
Biarkan anak benih keluar sendiri dari plastic.
Ulangi semua proses ini sehingga semua benih dilepaskan

No comments:

Post a Comment